BBM3410Satu2019:
Ulasan Buku Eh!! Media Sosial
Buku Eh!! Media Sosial hasil
tulisan Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim mempunyai lapan bab kesemuanya. Pada
bab 1, buku ini menceritakan tentang media sosial iaitu gambaran keseluruhan
tentang apakah itu media sosial dan peranan media sosial di dalam proses
pembelajaran. Seterusnya, bab kedua pula membicarakan tentang salah satu medium
media sosial iaitu Twitter dan trend
terkini. Semua sedia maklum bahawa Twitter
merupakan satu medium media sosial terkini yang boleh menjadi alat untuk
berkomunikasi. Twitter akan memberikan kesan yang positif kepada pembelajaran
apabila ia digunakan bertujuan untuk mendapatkan maklumat Normaliza Abd Rahim (2011).
Dalam bab 3, buku ini membincangkan mengenai Facebook masih digunakan. Bab ini menerangkan bahawa terdapat kajian
yang pernah dilakukan berkaitan dengan Facebook dalam pembelajaran. Bab seterusnya
mengupas tentang Instagram menyeronokkan. Bab ini mengetengahkan kajian yang
berkaitan dengan Instagram di dalam proses pembelajaran. Instagram merupakan
satu media sosial yang paling mendapat tempat dalam masyarakat terutamanya
golongan muda. Oleh itu, Instagram akan menjadi platform pembelajaran jika ia
digunakan bertujuan untuk mendapatkan maklumat. Seterusnya, bab 5 menceritakan
berkaitan dengan e-mel: Masih Popular Pada Masa Ini. Emel merupakan satu
perkara yang masih kekal releven pada hari ini. Emel sudah menjadi satu perkara
asas dalam sesuatu media sosial. Selain itu, peranan dan fungsi blog juga
dihuraikan dalam bab 6 iaitu Blog Di Dalam Kelas Bahasa. Penulisan blog menjadi
satu platform kepada pelajar khususnya untuk menunjukkan minat terhadap dunia
penulisan. Peranan blog dalam kelas bahasa ialah dapat meningkat keyakinan
pelajar di dalam dunia penulisan blog. Seterusnya, bab 7 membincangkan tentang
Isu dalam rangkaian sosial dalam kalangan pengguna. Terdapat banyak isu yang
terdapat dalam media sosial yang telah membawa kepada pelbagai perspektif
terhadap media sosial. Bab terakhir membicarakan tentang Implikasi Pedagogi. Ia
merupakan satu teknik dalam pembelajaran yang bertujuan untuk memberikan
pendidikan terhadap pelajar.
Rujukan:
Normaliza Abd Rahim dan Noraien Mansor (2017). Eh!!! Media Soial. Terengganu: Penerbit UMT.
Normaliza Abd Rahim dan Noraien Mansor (2017). Eh!!! Media Soial. Terengganu: Penerbit UMT.
Harga buku: RM60
No comments:
Post a Comment