Followers

Tuesday, December 10, 2019

BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 10

Assalamualaikum,
Pada post kali ini, saya ingin berkongsi kepada anda semua tentang tugasan yang diberikan kepada kami. Seperti biasa, Prof. Dr. Normaliza sentiasa memberikan kerja dan tugasan kepada kami. Kali ini, kami diminta untuk memuat naik dua gambar iaitu berkaitan gambar yang menunjukkan 'kelegaan' dan 'kegembiraan'.

Gambar 1: Kelegaan
Bagi kelegaan, saya memilih gambar saya mengalami kemalangan. Pada 28 September 2018 saya telah terlibat dalam kemalangan bersama-sama dengan ibu dan adik saya ketika dalam perjalanan menghantar adik saya ke Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kampus Jeli. Tetapi kesemuanya terselamat dan perkara ini sangat melegakan, Alhamdulillah. Post ini juga mendapat komen dan perhatian Prof. Dr. Normaliza.




Gambar 2: Kegembiraan.
Bagi gambar kegembiraan pula, saya telah memilih gambar ketika saya ke Stadium Nasional Bukit Jalil. Perlawanan tersebut melibatkan pasukan Malaysia menentang pasukan Indonesia yang berkesudahan Malaysia menumpaskan Indonesia dengan jaringan 2 gol tanpa balas. Situasi sangat seronok kerana hampir 80,000 penyokong membanjiri Stadium Bukit Jalil. 





No comments:

Post a Comment