Followers

Tuesday, December 10, 2019

BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 6

Assalamualaikum,
Pada kali ini, saya ingin berkongsi tentang tugasan yang diberikan Prof. Dr. Normaliza kepada kami. Kami diminta untuk memuat naik dua keping gambar individu bertema bebas. Kami juga perlu meletakkan kepsyen tentang gambar tersebut.

Gambar 1:

Gambar pertama, saya memilih gambar ketika saya berada di Putrajaya. Kepsyen yang saya pilih ialah berkaitan dengan cita-cita saya sewaktu kecil. Walaupun tidak tercapai tetapi ia tidak menjadi masalah. Kita cuba mencari cita-cita yang baharu.



Gambar 2:

Gambar kedua pula saya memilih untuk meletakkan gambar saya memandang ke arah kamera dengan wajah yang agak serius. Secara jujurnya, ramai yang mengatakan bahawa muka saya agak garang tetapi hakikatnya tidak begitu.

No comments:

Post a Comment