Followers

Wednesday, December 4, 2019

BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 3


Assalamualaikum,
Kali ini saya ingin berkongsi tentang tugasan yang telah diberikan Prof. Dr Normaliza kepada saya. Kami perlu membuat satu aktiviti yang terdapat dalam buku Eh!! Media Sosial. Kami perlu berkongsi dua pengalaman yang indah dalam kehidupan. Saya telah berkongsi pengalaman tentang saya dan rakan-rakan pergi bercuti ke Langkawi. Bagi saya, pengalaman tersebut tidak akan dilupakan kerana ia merupakan kenangan yang sangat manis. Ikatan persahabatan dan ukhuwah antara kami tidak akan terputus dan akan kekal walaupun kami sudah habis belajar. Pengalaman indah kedua yang tidak akan saya lupakan ialah ketika saya mula-mula melangkah ke Universiti Putra Malaysia. Ini merupakan saat yang saya nantikan dan saya sangat menghargainya. Bagi saya, saya sangat bertuah kerana dapat melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia.


No comments:

Post a Comment