Followers

Thursday, December 5, 2019

BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 4

Assalamualaikum,
Pada post kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang saya aktiviti yang telah saya lakukan bersama rakan-rakan di dalam kelas amali bagi subjek Multimedia dalam bahasa. Pada minggu keempat, kami diminta untuk berkongsi 2 tips belajar dengan mudah. Kami dikehendaki berkongsi dan menulis 2 tips mudah belajar di dalam buku Eh!! Media Soial. Pada pendapat saya, kita akan dapat belajar dengan mudah apabila kita membuat ringkasan selepas kita belajar. Cara ini cukup berkesan bagi saya kerana ia boleh menguatkan lagi ingatan dan minda tentang pelajaran tersebut. Tips kedua pula, saya membuat flash card sebagai nota dan rujukan. Perkara ini akan menjadikan kita lebih berminat untuk membaca nota. Ia juga kelihatan menarik dan mudah dibawa ke mana-mana. Sekadar itu sahaja perkongsian saya pada post kali ini. Terima kasih.


No comments:

Post a Comment