Pada post kali ini, saya ingin kongsikan tentang gambar yang perlu kami muat naik. Prof. Dr. Normaliza menyuruh kami memuat naik dua gambar iaitu berkaitan 'Ibu' dan 'keberkatan'.
Gambar 1: Ibu
Bagi gambar ini, Prof. Dr. Normaliza menyuruh kami membuat sedikit dialog berkaitan dengan ibu.
Ikuti kisahnya:
Aku: Ma, icad nok keje part time sem ni, boleh dok? Senang sikit bile ade duit sendiri ni, ade simpanan sendiri.
Ma: Keje ape?
Aku: Delivery makanan je, boleh dok? Hehe..
Ma: Ma bagi je, tapi icad kena pandai jaga diri lah, belajar jangan lupe, sembahyang jangan tinggal, bila ada duit lebih, sedekoh jangan lupe,
Aku: Okay ma, Insha Allah. Doakan semoga icad berjaya dan dipermudahkan segalanya.
Gambar 2: Keberkatan
Bagi gambar yang menunjukkan situasi 'keberkatan', saya memilih gambar saya bersama ayah dan ma saya. Sudah tentu untuk mendapat keberkatan, kita mesti mendapat restu daripada mereka. Insha Allah semua perkara yang kita lakukan akan berkat. Post ini juga telah mendapat like komen yang murni daripada Prof. Dr. Normaliza. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment