Followers

Tuesday, December 24, 2019

BBM3410Satu2019: KALENDAR

Assalamualaikum,
Hari ini aku nak kongsikan tentang tugasan terakhir yang perlu kami lakukan dalam subjek Multimedia dalam Bahasa. Prof. Dr. Normaliza telah menyuruh kami menyiapka sebuah kalendar bagi tahun 2020. Kami perlu membuat kalendar dengan menggunakan Adobe Photoshop dan telah berjaya melakukannya. Selain itu, kami perlu menghasilkan kalendar mengikut kreativiti masing-masing.


JANUARI


FEBRUARI


MAC 


APRIL


MEI


JUN


JULAI 


OGOS


SEPTEMBER


OKTOBER


NOVEMBER


DISEMBER








Wednesday, December 18, 2019

BBM3410Satu2019: KETIKA DAN KALIMAT

Assalamualaikum,
Pada post kali ini, saya ingin kongsikan tentang perjalanan saya dan rakan-rakan yang lain dalam Langgar Production. Sepanjang 14 minggu mengambil kursus Multimedia dalam Bahasa, kami telah diberikan tugasan yang terlalu banyak. Antaranya, kami diminta untuk kemaskini akaun Instagram setiap minggu dan perlu meletakkan gambar-gambar yang berkaitan dengan tajuk atau tema pada minggu tersebut. Kami juga perlu membuat akaun media sosial seperti Facebook dan Twitter. Kami juga diajar cara-cara membuat blog dan membuat penulisan pada blog masing-masing. Pada kelas pula, Prof. Dr. Normaliza juga mengajarkan kami tentang asas fotografi dan cara mengambil gambar yang betul. Sekain itu, kami juga perlu berlakon berdasarkan lagu yang kami pilih dan berpandukan kepada tugasan yang diberikan oleh Prof. Langgar Production telah menghasilkan banyak video tuagasan. Antaranya, video one shot one layer, video one shot two layer, one shot three layer, video berfokus, video seram+tragedi. Tambahan lagi, kekuatan dan tulang belakang kepada Langgar Production ialah kerjasama dalam diri setiap ahli kumpulan. Setiap perkara atau tugasan yang diberikan, kami lakukan bersama-sama sehingga video kami ditayangkan. Inilah muafakat dalam kumpulan kami yang saya rasakan aura yang sangat hebat. Terima Kasih Langgar Production. Terima kasih juga kepada Prof. Dr. Normaliza bt Abd Rahim yang banyak memberikan sumbangan dan tunjuk ajar sepanjang tempoh 14 minggu ini. Tidak lupa juga kepada En. Akmal yang tidak jemu mengajar kami. Terima kasih.

















BBM3410Satu2019: Video 15 (One Shoot Three Layer: Saya Tahu)

Assalamualaikum,
Pada post kali, saya ingin kongsikan tentang tugasan yang telah kami lakukan. Prof. Dr. Normaliza telah memberikan satu tugasan kepada kami iaitu perlu melakonkan watak yang berkaitan dengan lagu hasil ciptaan beliau sendiri. Anda boleh saksikan hasil kerja kami pada link berikut:



Monday, December 16, 2019

BBM3410Satu2019: Vlog Makanan (Ramly Burger)

Assalamualaikum, 
Post kali ini, saya ingin kongsikan tentang tugasan yang dilakukan oleh saya dan sahabat saya, saudara Fikri.  Kami telah membuat satu ulasan tentang proses makanan dan kami telah memilih Ramly Burger. Kami memilih restoran makanan segera ini kerana harganya sangat berpatutan dan sedap. Harga untuk kedua-dua menu yang kami makan ialah RM18.90. Untuk lebih lanjut, anda boleh saksikan di link berikut:




BBM3410Satu2019: Video 14 (Seram+Tragedi) (Kawan baik)

Assalamualaikum,
Pada post kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang tugasan yang telah pihak Langgar Production lakukan. Video kali ini, kami diminta oleh pensyarah kami iaitu, Prof. Dr. Normaliza untuk membuat video berkaitan tema seram dan tragedi dalam satu video. Pihak kami telah memilih tajuk cerita iaitu Kawan Baik. Cerita ini mengisahkan dua orang rakan yang sangat akrab dalam menjalani kehidupan seharian. Tetapi salah seorang daripadanya telah mati akibat terjatuh ketika hendak mandi. Akibatnya, rakan baiknya tidak dapat menerima kematian rakannya. Saksikan kisah tersebut di link dibawah.

https://www.youtube.com/watch?v=xC38WsJ04TI&t=26s

Wednesday, December 11, 2019

BBM3410Satu2019: Video 13 (Sabun pencuci)

Assalamualaikum,
Pada post kali ini, saya ingin kongsikan tentang tugasan yang diberikan kepada kami. Untuk tugasan kali ini, Prof. Dr. Normaliza menyuruh kami mencipta 5 jenis sabun pencuci yang berbeza-beza.

https://www.youtube.com/watch?v=YRVesdLW9IU


BBM3410Satu2019: Video 12 (Vlog Temu Bual Pensyarah)

Assalamualaikum,
Seperti biasa, post kali ini ingin menceritakan tentang tugasan yang telah dilakukan oleh pihak Langgar Production. Pada tugasan kali ini, Prof. Dr. Normaliza telah mengarahkan kami supaya menemu bual seorang pensyarah dan seorang pelajar. Kami telah menemu bual Dr. Sharil Nizam yang merupakan seorang tenaga pengajar atau pensyarah di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Saksikan.

 https://www.youtube.com/watch?v=3WrA0jpSlqs


BBM3410Satu2019: Video 11 (Fokus Senjata)

Assalamualaikum,
Pada post kali ini, saya ingin kongsikan dengan anda semua tentang tugasan yang telah diberikan Prof. Dr. Normaliza kepada kami. Pada tugasan kali ini, kami perlu membuat satu video fokus tanpa muka. Video fokus ialah menfokuskan tentang sesuatu benda dan dijadikan sebagai jalan cerita tentang benda itu. Pihak Langgar Production telah memilih senjata. Anda boleh saksikan video ini pada link berikut:

 https://www.youtube.com/watch?v=FPBEKCIDhhM


BBM3410Satu2019: Video 10 (Vlog Konvokesyan UPM 2019)

Asslamualaikum,
Pada post kali ini, saya ingin kongsikan kepada anda semua tentang tugasan yang dilakukan oleh pihak Langgar Production. Kami perlu membuat satu video vlog bersempena dengan pesta konvokesyen di UPM 2019. Kami perlu menemu bual ibu bapa para pelajar dan para pelajar itu sendiri. Saksikan video berikut.

https://www.youtube.com/watch?v=d0lX_xJvUrg



BBM3410Satu2019: Video 9 (One shot, Three layer)

Assalamualaikum,
Kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda berkaitan tugasan kumpulan yang telah diberikan kepada kami. Pada video kali ini, Prof. Dr. Normaliza meminta kami membuat satu video tentang one shot, three layer. Pada video ini, pihak Langgar Production telah memilih lagu yang bertajuk "Assalamualaikum Ustazah" nyayian kumpulan Khalifah. Video ini telah mendapat 1,232 tontonan di Youtube. Satu angka yang membanggakan. Syabas Langgar Production!

https://www.youtube.com/watch?v=FZheC-xE_ZM


BBM3410Satu2019: Video 8 (One shot, Two layer)

Assalamualaikum,
Kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda berkaitan tugasan kumpulan yang telah diberikan kepada kami. Pada video kali ini, Prof. Dr. Normaliza meminta kami membuat satu video tentang one shot, two layer. Pada video ini, pihak Langgar Production telah memilih lagu Drama nyayian kumpulan Drama Band. Video ini telah mendapat 1,367 tontonan. Satu angka yang membanggakan. Syabas Langgar Production!

https://www.youtube.com/watch?v=18lbmzyaH1o


BBM3410Satu2019: Video 7 (One shot, One layer)

Assalamualaikum,
Kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda berkaitan tugasan kumpulan yang telah diberikan kepada kami. Pada video kali ini, Prof. Dr. Normaliza meminta kami melakukan satu video tentang one shot, one layer. Pada video ini, pihak Langgar Production telah memilih lagu Assalamualaikum nyayian Faizal Tahir sebagai lagu dan kami perlu membuat sedikit gaya dan pergerakkan mengikut kesesuaian kami. Video ini telah mendapat 572 tontonan.

https://www.youtube.com/watch?v=XxeW_1zDxFA


BBM3410Satu2019: Fotografi 5 (Flat Lay)

Assalamualaikum,
Pada post kali ini, saya ingin berkongsi kepada anda semua tentang tugasan yang telah diberikan kepada kami. Prof. Dr. Normaliza telah mengarahkan kami supaya membuat tugasan berkumpulan dan video kali ini berkiatan dengan video flat lay. Terdapat 4 sudut flat lay yang berbea iaitu 90 darjah, 45 darjah, 22.5 darjah dan 0 darjah. Video ini mendapat 159 tontonan. 



BBM3410Satu2019: Fotografi 4 (Simpulan bahasa)

Assalamualaikum,
Pada post kali ini, saya ingin berkongsi kepada anda semua tentang tugasan yang telah diberikan kepada kami. Prof. Dr. Normaliza telah mengarahkan kami supaya membuat tugasan berkumpulan dan video kali ini berkaitan dengan simpulan bahasa. Kami perlu melakonkan watak tersebut bersesuaian dengan simpulan bahasa yang dipilih. Video kali ini telah mendapat 799 tontonan.




BBM3410Satu2019: Fotografi 3 (Potret & Swafoto)

Assalamualaikum,
Seperti biasa, kali ini saya ingin berkongsi kepada anda semua tentang tugasan yang diberikan oleh Prof. Dr. Normaliza kepada kami. Pada video asas fotografi 3, beliau meminta kami untuk mengambil gambar potret untuk setiap ahli dan swafoto yang unik bagi kumpulan. Kami telah berjaya menyiapkan tugasan tersebut dengan jayanya. Video kali ini mendapat 593 tontonan.

https://www.youtube.com/watch?v=OfsQoOw3exs


BBM3410Satu2019: Fotografi 2

Assalamualaikum,
Pada post kali ini, saya ingin kongsikan tentang hasil tugasan kumpulan yang telah kami lakukan. Pada kali ini, Prof. Dr. Normaliza mengarahkan setiap kumpulan untuk membuat satu video tentang asas fotografi. Pada video kali ini, Prof. meminta kami untuk mengambil gambar berkaitan pemandangan, bayang manusia dan objek, silhoutte, kabur tumbuhan dan kabur haiwan, kabur manusia, dan pendua. Langgar Production telah menyiapkan tugasan tersebut. Saksikan.

https://www.youtube.com/watch?v=a-_hreKbMoU


Tuesday, December 10, 2019

BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 12

Assamualaikum, 
Pada post kali ini, saya ingin berkongsi tentang tugasan gambar yang perlu dimuat naik di Instagram. Pada minggu ini, Prof. Dr. Normaliza menyuruh kami swafoto bersama beliau dan pilih satu gambar yang sama dengan emoji. 

Gambar 1: Swafoto bersama Prof.
Aku: Prof, gambar ini saya hodoh, sekali lagi boleh?
Prof: Takde, sekali je. Aku tidak kisah gambar tu macam mana janji aku lawa. 
Aku: Emmmm..... Redo je

Nasib baik Prof. komen, sejuk sikit hati ini. hehe.





Gambar 2: Emoji
Bagi emoji, saya telah memilih gambar ini. Alhamdulillah, gambar ini juga mendapat komen dan like daripada Prof. Dr. Normaliza. Terima kasih. 








BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 11

Assalamualaikum,
Pada post kali ini, saya ingin kongsikan tentang gambar yang perlu kami muat naik. Prof. Dr. Normaliza menyuruh kami memuat naik dua gambar iaitu berkaitan 'Ibu' dan 'keberkatan'.

Gambar 1: Ibu
Bagi gambar ini, Prof. Dr. Normaliza menyuruh kami membuat sedikit dialog berkaitan dengan ibu.
Ikuti kisahnya:

Aku: Ma, icad nok keje part time sem ni, boleh dok? Senang sikit bile ade duit sendiri ni, ade simpanan sendiri.
Ma: Keje ape?
Aku: Delivery makanan je, boleh dok? Hehe..
Ma: Ma bagi je, tapi icad kena pandai jaga diri lah, belajar jangan lupe, sembahyang jangan tinggal, bila ada duit lebih, sedekoh jangan lupe,
Aku: Okay ma, Insha Allah. Doakan semoga icad berjaya dan dipermudahkan segalanya.



Gambar 2: Keberkatan
Bagi gambar yang menunjukkan situasi 'keberkatan', saya memilih gambar saya bersama ayah dan ma saya. Sudah tentu untuk mendapat keberkatan, kita mesti mendapat restu daripada mereka. Insha Allah semua perkara yang kita lakukan akan berkat. Post ini juga telah mendapat like komen yang murni daripada Prof. Dr. Normaliza. Terima kasih.





BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 10

Assalamualaikum,
Pada post kali ini, saya ingin berkongsi kepada anda semua tentang tugasan yang diberikan kepada kami. Seperti biasa, Prof. Dr. Normaliza sentiasa memberikan kerja dan tugasan kepada kami. Kali ini, kami diminta untuk memuat naik dua gambar iaitu berkaitan gambar yang menunjukkan 'kelegaan' dan 'kegembiraan'.

Gambar 1: Kelegaan
Bagi kelegaan, saya memilih gambar saya mengalami kemalangan. Pada 28 September 2018 saya telah terlibat dalam kemalangan bersama-sama dengan ibu dan adik saya ketika dalam perjalanan menghantar adik saya ke Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kampus Jeli. Tetapi kesemuanya terselamat dan perkara ini sangat melegakan, Alhamdulillah. Post ini juga mendapat komen dan perhatian Prof. Dr. Normaliza.




Gambar 2: Kegembiraan.
Bagi gambar kegembiraan pula, saya telah memilih gambar ketika saya ke Stadium Nasional Bukit Jalil. Perlawanan tersebut melibatkan pasukan Malaysia menentang pasukan Indonesia yang berkesudahan Malaysia menumpaskan Indonesia dengan jaringan 2 gol tanpa balas. Situasi sangat seronok kerana hampir 80,000 penyokong membanjiri Stadium Bukit Jalil.