Followers

Tuesday, December 24, 2019

BBM3410Satu2019: KALENDAR

Assalamualaikum,
Hari ini aku nak kongsikan tentang tugasan terakhir yang perlu kami lakukan dalam subjek Multimedia dalam Bahasa. Prof. Dr. Normaliza telah menyuruh kami menyiapka sebuah kalendar bagi tahun 2020. Kami perlu membuat kalendar dengan menggunakan Adobe Photoshop dan telah berjaya melakukannya. Selain itu, kami perlu menghasilkan kalendar mengikut kreativiti masing-masing.


JANUARI


FEBRUARI


MAC 


APRIL


MEI


JUN


JULAI 


OGOS


SEPTEMBER


OKTOBER


NOVEMBER


DISEMBER








Wednesday, December 18, 2019

BBM3410Satu2019: KETIKA DAN KALIMAT

Assalamualaikum,
Pada post kali ini, saya ingin kongsikan tentang perjalanan saya dan rakan-rakan yang lain dalam Langgar Production. Sepanjang 14 minggu mengambil kursus Multimedia dalam Bahasa, kami telah diberikan tugasan yang terlalu banyak. Antaranya, kami diminta untuk kemaskini akaun Instagram setiap minggu dan perlu meletakkan gambar-gambar yang berkaitan dengan tajuk atau tema pada minggu tersebut. Kami juga perlu membuat akaun media sosial seperti Facebook dan Twitter. Kami juga diajar cara-cara membuat blog dan membuat penulisan pada blog masing-masing. Pada kelas pula, Prof. Dr. Normaliza juga mengajarkan kami tentang asas fotografi dan cara mengambil gambar yang betul. Sekain itu, kami juga perlu berlakon berdasarkan lagu yang kami pilih dan berpandukan kepada tugasan yang diberikan oleh Prof. Langgar Production telah menghasilkan banyak video tuagasan. Antaranya, video one shot one layer, video one shot two layer, one shot three layer, video berfokus, video seram+tragedi. Tambahan lagi, kekuatan dan tulang belakang kepada Langgar Production ialah kerjasama dalam diri setiap ahli kumpulan. Setiap perkara atau tugasan yang diberikan, kami lakukan bersama-sama sehingga video kami ditayangkan. Inilah muafakat dalam kumpulan kami yang saya rasakan aura yang sangat hebat. Terima Kasih Langgar Production. Terima kasih juga kepada Prof. Dr. Normaliza bt Abd Rahim yang banyak memberikan sumbangan dan tunjuk ajar sepanjang tempoh 14 minggu ini. Tidak lupa juga kepada En. Akmal yang tidak jemu mengajar kami. Terima kasih.

















BBM3410Satu2019: Video 15 (One Shoot Three Layer: Saya Tahu)

Assalamualaikum,
Pada post kali, saya ingin kongsikan tentang tugasan yang telah kami lakukan. Prof. Dr. Normaliza telah memberikan satu tugasan kepada kami iaitu perlu melakonkan watak yang berkaitan dengan lagu hasil ciptaan beliau sendiri. Anda boleh saksikan hasil kerja kami pada link berikut:



Monday, December 16, 2019

BBM3410Satu2019: Vlog Makanan (Ramly Burger)

Assalamualaikum, 
Post kali ini, saya ingin kongsikan tentang tugasan yang dilakukan oleh saya dan sahabat saya, saudara Fikri.  Kami telah membuat satu ulasan tentang proses makanan dan kami telah memilih Ramly Burger. Kami memilih restoran makanan segera ini kerana harganya sangat berpatutan dan sedap. Harga untuk kedua-dua menu yang kami makan ialah RM18.90. Untuk lebih lanjut, anda boleh saksikan di link berikut:




BBM3410Satu2019: Video 14 (Seram+Tragedi) (Kawan baik)

Assalamualaikum,
Pada post kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang tugasan yang telah pihak Langgar Production lakukan. Video kali ini, kami diminta oleh pensyarah kami iaitu, Prof. Dr. Normaliza untuk membuat video berkaitan tema seram dan tragedi dalam satu video. Pihak kami telah memilih tajuk cerita iaitu Kawan Baik. Cerita ini mengisahkan dua orang rakan yang sangat akrab dalam menjalani kehidupan seharian. Tetapi salah seorang daripadanya telah mati akibat terjatuh ketika hendak mandi. Akibatnya, rakan baiknya tidak dapat menerima kematian rakannya. Saksikan kisah tersebut di link dibawah.

https://www.youtube.com/watch?v=xC38WsJ04TI&t=26s

Wednesday, December 11, 2019

BBM3410Satu2019: Video 13 (Sabun pencuci)

Assalamualaikum,
Pada post kali ini, saya ingin kongsikan tentang tugasan yang diberikan kepada kami. Untuk tugasan kali ini, Prof. Dr. Normaliza menyuruh kami mencipta 5 jenis sabun pencuci yang berbeza-beza.

https://www.youtube.com/watch?v=YRVesdLW9IU


BBM3410Satu2019: Video 12 (Vlog Temu Bual Pensyarah)

Assalamualaikum,
Seperti biasa, post kali ini ingin menceritakan tentang tugasan yang telah dilakukan oleh pihak Langgar Production. Pada tugasan kali ini, Prof. Dr. Normaliza telah mengarahkan kami supaya menemu bual seorang pensyarah dan seorang pelajar. Kami telah menemu bual Dr. Sharil Nizam yang merupakan seorang tenaga pengajar atau pensyarah di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Saksikan.

 https://www.youtube.com/watch?v=3WrA0jpSlqs