Followers

Monday, September 30, 2019

BBM3410Satu2019: SUATU KETIKA

Keluarga saya merupakan keluarga yang hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Kedua ibu bapa saya ialah terdiri daripada warga pendidik dan sentiasa memberikan tunjuk ajar kepada anak-anaknya tentang sesuatu perkara. Adik beradik saya seramai tujuh orang dan mempunyai enam orang lelaki dan seorang perempuan. Kesemua anak lelaki mempunyai minat yang hampir sama iaitu menonton perlawanan bola sepak dan mengumpul jersi pasukan bola sepak. Kami juga gemar untuk bermain game bola FIFA bersama-sama. Ayah saya merupakan seorang yang sangat garang dan tegas dan sangat mementingkan nilai agama dalam keluarga. Misalnya tentang solat berjemaah dan bersedekah. Berbeza pula dengan ibu saya yang mempunyai sifat perempuan yang lebih lembut dan rapat dengan anak-anak. Kami hidup dalam keadaan yang sangat harmoni walaupun terdapat sedikit masalah. Setiap masalah dapat diselesaikan dengan baik melalui perbincangan yang baik.


No comments:

Post a Comment