Normaliza Abd Rahim (2014) menyenarikan 10 cara menulis blog dengan baik. Antaranya ialah:
1. Tajuk yang menarik dan boleh menarik perhatian pembaca.
Tajuk memainkan peranan yang sangat penting dalam mempengaruhi pembaca untuk membaca. Apabila sesebuah tajuk itu menarik, secara tidak langsung ia akan dapat menarik minat pembaca untuk terus membaca. Kadang-kadang jalan penceritaan itu biasa sahaja, tetapi diletakkan tajuk yang menarik akan berjaya menjadikan cerita itu menarik.
2. Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca.
Jalan penceritaan juga berperanan dalam menarik minat dan hati pembaca. Sebuah cerita yang menarik mestilah lain daripada jalan cerita yang lain dan tidak cliche. Apabila jalan cerita tidak sama dengan jalan cerita yang lain, ia akan menjadikan minat pembaca lebih bersemangat dalam memgetahuinya serta membaca.
3. Memasukkan ayat humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkkannya lebih menarik. Penggunaan ayat juga penting dalam memberikan persembahan isi yang lebih menarik. Ayat humor dan ayat yang mempunyai unsur jenaka berperanan dalam menjadikan jalan cerita lebih menarik dan sampai kepada pembaca.
4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda
Setiap penulisan yang dilakukan mestilah mempunyai asas dan hujah yang menarik dan berkesan. Apabila kita mempunyai hujah yang tersendiri, kita akan dapat menghuraikan penulisan dan cerita yang lebih baik dan menarik. Pembaca akan lebih yakin apabila kita mempunyai hujah yang tersendiri dalam penulisan.
5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.
Cara untuk memjadikan sesuatu penulisan itu lebih menarik ialah dengan cara memasukkan berita terkini. Apabila kita memasukkan sedikit berita terkini yang bersesuaian dengan penulisan, ia menunjukkan bahawa kita seorang yang sentiasa peka dengan isu terkini. Perkara ini secara tidak langsung menjadikan pembaca lebih yakin dengan penulisan kita.
6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
Setiap penulisan yang disampaikan mestilah menggunakan perkataan mudah dan biasa yang diketahui umum. Selain itu, struktur ayat yang digunakan mestilah ringkas dan padat. Jika kita menggunakan perkataan yang jarang didengar ia akan membuatkan pembaca sukar untuk memahami kandungan penulisan yang ditulis.
7. Dapat dibaca dan difahami.
Perkara ini memberikan impak yang besar terhadap sesebuah penulisan. Apabila kita menggunakan jenis tulisan dan warna yang betul, ia akan menjadi lebih mudah untuk dibaca dan difahami. Elakkan daripada menggunakan jenis tulisan yang sukar untuk dibaca.
8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
Komunikasi antara penulisan dan pembaca merupakan satu perkara yang penting yang mesti dilakukan. Seseorang penulis itu mestilah sentiasa cuba untuk berkomunikasi dengan pembaca dapat menjadikan hasil penulisan yang lebih baik.
9. Memasukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
Penulis mestilah memasukkan nilai moral dan nilai estetika dalam sesebuah penulisan. Tujuan penulisan ialah untuk memberikan nilai moral, nilai murni kepada pembaca. Jika tidak ada nilai moral yang disampaikan, maka penulisan itu menjadi tidak lengkap. Begitu juga dengan nilai estetika atau keindahan bahasa. Nilai estetika akan menjadikan sesebuah penulisan itu lebih bagus dan menarik.
10. Berilmu untuk penulisan pendidikan.
Seseorang penulis itu mesti mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup dalam membuat penulisan yang berkaitan dengan pendidikan. Jika ilmu penulis itu cukup, maka ia akan menghasilkan penulisan yang betul dan ilmu yang disampaikan juga benar.
No comments:
Post a Comment