Followers

Sunday, September 22, 2019

BBM3410Satu2019: Nenek dan Datuk


Cerita Sosial 1: Nenek dan Datuk (Sinopsis)

Seorang budak lelaki yang bernama Alim sangat teruja untuk pulang ke kampung halaman untuk berjumpa dengan datuk dan neneknya. Alim sangat sukakan ayam dan itik peliharaan datuknya. Namun, dia menangis apabila tidak menjumpai haiwan tersebut kerana datuk meletakkan di tempat yang lain. Selepas itu, Alim masuk ke dalam rumah dan dia sekali lagi menangis apabila melihat keadaan dalam rumah datuk dan neneknya itu berlainan daripada sebelumnya. Nenek cuba untuk menjelaskan keadaan yang sebenar. Alim menonton cerita kartun bersama abang dan kakanya dan mereka ketawa bersama-sama.  

Buku Wacana dan Strategi Komunikasi oleh Normaliza Abd Rahim (m/s 22)

Jenis multimedia (tujuan penyebaran cerita sosial)

1. Hypermedia
Dokumen berurut non yang terdiri daripada teks, audio, informasi yang disimpan dalam komputer. Sebagai contoh, pembelajaran yang menggunakan link pada sebuah web. Pembelajaran jenis ini mestilah digunakan melalui media sosial yang disediakan. Caranya ialah, letakkan link cerita sosial ini dan sebarkan pada medium media sosial.

2.Media sosial
Facebook merupakan salah satu medium media sosial yang digunakan bertujuan untuk memberikan maklumat kepada yang membaca. Oleh itu, medium media sosial mampu memberikan pendedahan penceritaan tentang sesebuah cerita dan cerita sosial ini. 

3. Virtual realiti
Merupakan satu jenis multimedia yang memberikan pendedahan kepada dunia sebenar. Sebagai contoh, cerita sosial ini boleh dilakonkan wataknya. Watak yang di dalam cerita sosial boleh dilakukan dan penceritaan ini boleh disampaikan dengan mudah dan penonton dapat menghayatinya. 








No comments:

Post a Comment