Keluarga saya merupakan keluarga yang hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Kedua ibu bapa saya ialah terdiri daripada warga pendidik dan sentiasa memberikan tunjuk ajar kepada anak-anaknya tentang sesuatu perkara. Adik beradik saya seramai tujuh orang dan mempunyai enam orang lelaki dan seorang perempuan. Kesemua anak lelaki mempunyai minat yang hampir sama iaitu menonton perlawanan bola sepak dan mengumpul jersi pasukan bola sepak. Kami juga gemar untuk bermain game bola FIFA bersama-sama. Ayah saya merupakan seorang yang sangat garang dan tegas dan sangat mementingkan nilai agama dalam keluarga. Misalnya tentang solat berjemaah dan bersedekah. Berbeza pula dengan ibu saya yang mempunyai sifat perempuan yang lebih lembut dan rapat dengan anak-anak. Kami hidup dalam keadaan yang sangat harmoni walaupun terdapat sedikit masalah. Setiap masalah dapat diselesaikan dengan baik melalui perbincangan yang baik.
Followers
Monday, September 30, 2019
BBM3410Satu2019: TIPS BELAJAR DENGAN MUDAH
Dua tips belajar dengan mudah.
Tips pertama ialah membuat ringkasan. Membuat ringkasan adalah satu perkara yang penting dalam belajar. Langkah ini merupakan satu langkah yang mudah difahami dan mudah untuk dilakukan. Anda mestilah sering melakukan ringkasan selepas dan sebelum belajar kerana cara ini dapat memberikan keberkesanan belajar dan lebih mudah untuk diingati tentang pekara yang dipelajari
Tips kedua ialah buat flash card. Anda boleh menukarkan nota-nota yang diperoleh kepada bentuk clash card. Perkara ini boleh menjadikan nota anda lebih cantik dan menarik. Ia juga mudah untuk dibawa ke mana-mana. Oleh itu, anda disarankan untuk membuat flash card sebagai gantian nota anda. Sekian.
Monday, September 23, 2019
BBM3410Satu2019: Masih Di Sini
PENGALAMAN YANG TIDAK AKAN DILUPAKAN
Pengalaman terindah yang pernah dilalui sepanjang saya hidup ialah ketika saya mendapat tawaran untuk sambung belajar ke Universiti Putra Malaysia (UPM). Itu adalah kenangan yang tidak akan saya lupakan. Saat yang saya nantikan telah saya dapat. Syukur dengan anugerah yang telah diberikan oleh Tuhan kepada saya. Segala usaha penat lelah, diiringi dengan doa akhirnya membuahkan hasil yang cukup mengembirakan. Pengalaman pertama menjejakkan kaki di sini sudah tentu memberikan perasaan yang sangat mengujakan. Saya berharap agar, sedikit masa yang berbaki di sini, segala kenangan dapat terus tercipta dan akan terus terpahat di ingatan sampai ke hari tua.
Sunday, September 22, 2019
BBM3410Satu2019: Nenek dan Datuk
Cerita Sosial 1: Nenek dan Datuk (Sinopsis)
Seorang budak lelaki yang
bernama Alim sangat teruja untuk pulang ke kampung halaman untuk berjumpa
dengan datuk dan neneknya. Alim sangat sukakan ayam dan itik peliharaan
datuknya. Namun, dia menangis apabila tidak menjumpai haiwan tersebut kerana
datuk meletakkan di tempat yang lain. Selepas itu, Alim masuk ke dalam rumah
dan dia sekali lagi menangis apabila melihat keadaan dalam rumah datuk dan
neneknya itu berlainan daripada sebelumnya. Nenek cuba untuk menjelaskan
keadaan yang sebenar. Alim menonton cerita kartun bersama abang dan kakanya dan
mereka ketawa bersama-sama.
Buku Wacana dan Strategi Komunikasi oleh Normaliza Abd Rahim (m/s 22)
Jenis multimedia (tujuan penyebaran cerita sosial)
1. Hypermedia
Dokumen berurut non yang terdiri daripada teks, audio, informasi yang disimpan dalam komputer. Sebagai contoh, pembelajaran yang menggunakan link pada sebuah web. Pembelajaran jenis ini mestilah digunakan melalui media sosial yang disediakan. Caranya ialah, letakkan link cerita sosial ini dan sebarkan pada medium media sosial.
2.Media sosial
Facebook merupakan salah satu medium media sosial yang digunakan bertujuan untuk memberikan maklumat kepada yang membaca. Oleh itu, medium media sosial mampu memberikan pendedahan penceritaan tentang sesebuah cerita dan cerita sosial ini.
3. Virtual realiti
Merupakan satu jenis multimedia yang memberikan pendedahan kepada dunia sebenar. Sebagai contoh, cerita sosial ini boleh dilakonkan wataknya. Watak yang di dalam cerita sosial boleh dilakukan dan penceritaan ini boleh disampaikan dengan mudah dan penonton dapat menghayatinya.
BBM3410Satu2019: Etika Penulisan Blog. Tugas individu
Normaliza Abd Rahim (2014) menyenarikan 10 cara menulis blog dengan baik. Antaranya ialah:
1. Tajuk yang menarik dan boleh menarik perhatian pembaca.
Tajuk memainkan peranan yang sangat penting dalam mempengaruhi pembaca untuk membaca. Apabila sesebuah tajuk itu menarik, secara tidak langsung ia akan dapat menarik minat pembaca untuk terus membaca. Kadang-kadang jalan penceritaan itu biasa sahaja, tetapi diletakkan tajuk yang menarik akan berjaya menjadikan cerita itu menarik.
2. Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca.
Jalan penceritaan juga berperanan dalam menarik minat dan hati pembaca. Sebuah cerita yang menarik mestilah lain daripada jalan cerita yang lain dan tidak cliche. Apabila jalan cerita tidak sama dengan jalan cerita yang lain, ia akan menjadikan minat pembaca lebih bersemangat dalam memgetahuinya serta membaca.
3. Memasukkan ayat humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkkannya lebih menarik. Penggunaan ayat juga penting dalam memberikan persembahan isi yang lebih menarik. Ayat humor dan ayat yang mempunyai unsur jenaka berperanan dalam menjadikan jalan cerita lebih menarik dan sampai kepada pembaca.
4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda
Setiap penulisan yang dilakukan mestilah mempunyai asas dan hujah yang menarik dan berkesan. Apabila kita mempunyai hujah yang tersendiri, kita akan dapat menghuraikan penulisan dan cerita yang lebih baik dan menarik. Pembaca akan lebih yakin apabila kita mempunyai hujah yang tersendiri dalam penulisan.
5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.
Cara untuk memjadikan sesuatu penulisan itu lebih menarik ialah dengan cara memasukkan berita terkini. Apabila kita memasukkan sedikit berita terkini yang bersesuaian dengan penulisan, ia menunjukkan bahawa kita seorang yang sentiasa peka dengan isu terkini. Perkara ini secara tidak langsung menjadikan pembaca lebih yakin dengan penulisan kita.
6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
Setiap penulisan yang disampaikan mestilah menggunakan perkataan mudah dan biasa yang diketahui umum. Selain itu, struktur ayat yang digunakan mestilah ringkas dan padat. Jika kita menggunakan perkataan yang jarang didengar ia akan membuatkan pembaca sukar untuk memahami kandungan penulisan yang ditulis.
7. Dapat dibaca dan difahami.
Perkara ini memberikan impak yang besar terhadap sesebuah penulisan. Apabila kita menggunakan jenis tulisan dan warna yang betul, ia akan menjadi lebih mudah untuk dibaca dan difahami. Elakkan daripada menggunakan jenis tulisan yang sukar untuk dibaca.
8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
Komunikasi antara penulisan dan pembaca merupakan satu perkara yang penting yang mesti dilakukan. Seseorang penulis itu mestilah sentiasa cuba untuk berkomunikasi dengan pembaca dapat menjadikan hasil penulisan yang lebih baik.
9. Memasukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
Penulis mestilah memasukkan nilai moral dan nilai estetika dalam sesebuah penulisan. Tujuan penulisan ialah untuk memberikan nilai moral, nilai murni kepada pembaca. Jika tidak ada nilai moral yang disampaikan, maka penulisan itu menjadi tidak lengkap. Begitu juga dengan nilai estetika atau keindahan bahasa. Nilai estetika akan menjadikan sesebuah penulisan itu lebih bagus dan menarik.
10. Berilmu untuk penulisan pendidikan.
Seseorang penulis itu mesti mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup dalam membuat penulisan yang berkaitan dengan pendidikan. Jika ilmu penulis itu cukup, maka ia akan menghasilkan penulisan yang betul dan ilmu yang disampaikan juga benar.

Monday, September 16, 2019
BBM3410Satu2019: SAYA FAHAM
Lagu & Lirik: Profesor Dr. Normaliza Abd Rahim
Hak Cipta: Universiti Putra Malaysia
Saya Faham
Saya kata "Apa Khabar"
Dia jawab "Khabar baik"
Ucapan untuk dia
Ucapan untuk saya
Selamat pagi, tengah hari, petang, malam
Untuk dia
Untuk saya
Terima kasih
Sama-sama
Untuk dia
Untuk saya
Terima kasih
Sama-sama
Untuk kita
Untuk mereka

BBM3410Satu2019: DIRI
Nama saya Muhammad Irshad bin A.Aziz. Saya berasal dari negeri Terengganu. Saya dilahirkan di Hospital Dungun, Terengganu pada 21 Oktober 1996. Saya mempunyai tujuh orang adik beradik dan saya merupakan anak yang keempat. Saya dikurniakan tiga orang abang dan dua orang adik lelaki dan seorang adik perempuan. Ayah saya merupakan seorang guru dan mengajar di sebuah sekolah rendah di daerah Dungun. Ayah saya mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu. Seterusnya, ibu saya juga merupakan seorang guru di sekolah menengah dan mengajar subjek Pendidikan Agama Islam dan Bahasa Arab. Aspek pendidikan menjadi satu keutamaan dalam keluarga saya. Saya dibesarkan dalam suasana keluarga yang sangat harmoni dan mendapat kasih sayang serta keperluan harian yang mencukupi.
Subscribe to:
Posts (Atom)