Followers

Thursday, October 10, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Bab 6: Blog Di Dalam Kelas Bahasa


ULASAN BAB 6: BLOG DI DALAM KELAS BAHASA

       Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) melalui buku terbitannya iaitu “Boom! Dengan Media Sosial” blog merupakan satu medium perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal atu tidak formal. Ia bertujuan sebagai kegunaan peribadi dan juga boleh digunakan untuk tujuan perniagaan dalam mempromosikan dan memperiklankan produk. Sebagi sebuah rangkaian sosial dan medium komunikasi, blog membantu penggunanya untuk berinteraksi bukan sahaja dengan computer malahan dengan penulis blog yang lain (Li & Chignell, 2010).

          Blog merupakan medium dialog di antara penulis blog dan pembaca, pembaca dengan pembaca yang lain, dan penulis blog yang lain serta pembacanya. Penyelidik telah menggariskan bahawa penulisan blog mesti memenuhi syarat0syarat menulis (Ferdig & Trammell, 2004). Blog pendidikan menggunakan teknologi untuk menawarkan latihan maklum balas yang berguna dan semakan berdasarkan maklum balas serta langkah asas dalam proses penulisan untuk memperbaiki penulisan pelajar (Williams,2004).

Sebenarnya, pada masa kini, keutamaan teknologi pula bukan di sekolah dan universiti tidak menghadkan kepada alat pembelajaran sahaja. Pelajar lebih bersedia untuk menggunakan teknologi baharu bagi mempelajari tentang pelajaran serta keperluan komunikasi (Seeded et al., 2009). Namun ramai guru yang tidak pandai dalam menggunakan serta memanfaatkan teknologi sedia ada dalam pembelajaran, oleh itu kehadiran blog bagus dan banyak telah mampu membantu mereka sebagai salah satu bantuan pengajaran (Martindale & Wiley, 2005).

Selain itu, blog juga merupakan laman web yang dikemas kini mengikut susunan kronologi dan bahasa yang digunakan di dalam penulisan blog tidak normal dan lebih bersifat terbuka (Newson, 2006). Perkara ini mendapat sokongan daripada Levy (2009) yang menyatakan blog mempu meningkatkan kretiviti, keyakinan diri, dan membangunkan komuniti melalui penulisan yang tidak normal. Sementara itu, pelajar mampu membentuk kemahiran menulis yang baik dalam pembelajaran bahasa (Zaini et al, 2012). Selain itu, melalui penulisan blog, ia mampu membantu penulisan memahami jenis penulisan, tatabahasa, struktur ayat dan juga dari segi idea. 

Kesimpulannya, blog mampu menjadikan penulisan seseorang itu lebih menarik dan para pelajar wajar mempelajari penulisan blog. Perubahan teknologi yang semakin canggih perlu dimanfaatkan sepenuhnya dalam mendapatkan ilmu di dalam pelajaran. 


No comments:

Post a Comment