Followers

Monday, October 21, 2019

BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 6


Assalamualaikum, 

Hari ini saya ingin membicarakan tentang gambar yang telah saya muat naik di dalam akaun Instagram. Gambar ini telah saya muat naik  ke akaun Instagram pada minggu ke-6 iaitu 14 Oktober.

Gambar 1: 
Gambar ini diambil di Putrajaya. Kepsyen pada gambar pula mempunyai kaitan dengan kehidupan saya. Pada waktu kecil, saya sangat meminati dan mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang juruterbang. Perkara yang membuatkan minat saya terhadap kerjaya sebagai seorang juruterbang ialah kerana ia nampak lebih berkeyakinan dan nampak hebat. Sedar akan cita-cita itu satu perkara yang tidak mudah, saya cuba untuk menjadi seorang lebih positif dan minat terhadap kerjaya sebagai warga pendidik. Insha Allah jika ditakdirkan untuk menjadi seorang pendidik, saya akan hargai dan ambil peluang dengan sebaik-baiknya.   



Gambar 2:
Gambar seterusnya ialah berkaitan dengan sebuah gambar potret. Gambar ini tentang diri saya sendiri. Kepsyen yang diletakkan ialah berkaitan dengan raut wajah yang dimiliki oleh saya sendiri. Perkara yang boleh dipelajari daripada post ini ialah kita jangan terlalu cepat menilai seseorang. Tidak kenal maka tak cinta. Itulah pepatah yang sesuai untuk diungkapkan. 



No comments:

Post a Comment