Followers

Monday, October 21, 2019

BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 6


Assalamualaikum, 

Hari ini saya ingin membicarakan tentang gambar yang telah saya muat naik di dalam akaun Instagram. Gambar ini telah saya muat naik  ke akaun Instagram pada minggu ke-6 iaitu 14 Oktober.

Gambar 1: 
Gambar ini diambil di Putrajaya. Kepsyen pada gambar pula mempunyai kaitan dengan kehidupan saya. Pada waktu kecil, saya sangat meminati dan mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang juruterbang. Perkara yang membuatkan minat saya terhadap kerjaya sebagai seorang juruterbang ialah kerana ia nampak lebih berkeyakinan dan nampak hebat. Sedar akan cita-cita itu satu perkara yang tidak mudah, saya cuba untuk menjadi seorang lebih positif dan minat terhadap kerjaya sebagai warga pendidik. Insha Allah jika ditakdirkan untuk menjadi seorang pendidik, saya akan hargai dan ambil peluang dengan sebaik-baiknya.   



Gambar 2:
Gambar seterusnya ialah berkaitan dengan sebuah gambar potret. Gambar ini tentang diri saya sendiri. Kepsyen yang diletakkan ialah berkaitan dengan raut wajah yang dimiliki oleh saya sendiri. Perkara yang boleh dipelajari daripada post ini ialah kita jangan terlalu cepat menilai seseorang. Tidak kenal maka tak cinta. Itulah pepatah yang sesuai untuk diungkapkan. 



Thursday, October 10, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Bab 6: Blog Di Dalam Kelas Bahasa


ULASAN BAB 6: BLOG DI DALAM KELAS BAHASA

       Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) melalui buku terbitannya iaitu “Boom! Dengan Media Sosial” blog merupakan satu medium perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal atu tidak formal. Ia bertujuan sebagai kegunaan peribadi dan juga boleh digunakan untuk tujuan perniagaan dalam mempromosikan dan memperiklankan produk. Sebagi sebuah rangkaian sosial dan medium komunikasi, blog membantu penggunanya untuk berinteraksi bukan sahaja dengan computer malahan dengan penulis blog yang lain (Li & Chignell, 2010).

          Blog merupakan medium dialog di antara penulis blog dan pembaca, pembaca dengan pembaca yang lain, dan penulis blog yang lain serta pembacanya. Penyelidik telah menggariskan bahawa penulisan blog mesti memenuhi syarat0syarat menulis (Ferdig & Trammell, 2004). Blog pendidikan menggunakan teknologi untuk menawarkan latihan maklum balas yang berguna dan semakan berdasarkan maklum balas serta langkah asas dalam proses penulisan untuk memperbaiki penulisan pelajar (Williams,2004).

Sebenarnya, pada masa kini, keutamaan teknologi pula bukan di sekolah dan universiti tidak menghadkan kepada alat pembelajaran sahaja. Pelajar lebih bersedia untuk menggunakan teknologi baharu bagi mempelajari tentang pelajaran serta keperluan komunikasi (Seeded et al., 2009). Namun ramai guru yang tidak pandai dalam menggunakan serta memanfaatkan teknologi sedia ada dalam pembelajaran, oleh itu kehadiran blog bagus dan banyak telah mampu membantu mereka sebagai salah satu bantuan pengajaran (Martindale & Wiley, 2005).

Selain itu, blog juga merupakan laman web yang dikemas kini mengikut susunan kronologi dan bahasa yang digunakan di dalam penulisan blog tidak normal dan lebih bersifat terbuka (Newson, 2006). Perkara ini mendapat sokongan daripada Levy (2009) yang menyatakan blog mempu meningkatkan kretiviti, keyakinan diri, dan membangunkan komuniti melalui penulisan yang tidak normal. Sementara itu, pelajar mampu membentuk kemahiran menulis yang baik dalam pembelajaran bahasa (Zaini et al, 2012). Selain itu, melalui penulisan blog, ia mampu membantu penulisan memahami jenis penulisan, tatabahasa, struktur ayat dan juga dari segi idea. 

Kesimpulannya, blog mampu menjadikan penulisan seseorang itu lebih menarik dan para pelajar wajar mempelajari penulisan blog. Perubahan teknologi yang semakin canggih perlu dimanfaatkan sepenuhnya dalam mendapatkan ilmu di dalam pelajaran. 


Tuesday, October 1, 2019

BBM3410Satu2019: Bird’s eye view (Langgar Production)

Bird’s eye view

1. 

Gambar ini merupakan satu gambar Bird’s eye view yang diambil ketika menaiki MRT. Gambar ini sangat menarik dan mempunyai kualiti yang sangat menarik. 

2. 

Gambar ini menunjukkan kelancaran laluan di lebuhraya. Kebanyakkan kereta dapat bergerak dengan lancar dan baik.

3. 

Gambar ini diambil di Terminal Bas Selatan di Bandar Salak Selatan. Gambar ini sangat menarik dan mempunyai kualiti yang baik

BBM3410Satu2019: Over the shoulder (Langgar Production)

Over the shoulder

1. 

Gambar ini menunjukkan seorang lelaki sedang memanggil rakannya yang sedang berada di hadapannya. Tetapi rakannya tidak mengedahkannya. Gambar ini dapat menunjukkan bahawa mereka sedang bergaduh dan mereka masih bermasam muka.

2. 

Gambar ini menunjukkan seorang lelaki yang sedang mengambil gambar makanan menggunakan telefon pintarnya. Lelaki tersebut mengambil gambar dan ingin berkongsi gambar tersebut dengan sahabatnya yang tidak datang ke IKEA. Gambar ini sangat menarik dan mempunyai makna yang tersendiri. 

3. 

Seterusnya, gambar ini juga merupakan Over the shoulder. Gambar ini menunjukkan seorang lelaki yang memandang kepada Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur. Gambar ini memberikan seribu satu makna bahawa lelaki tersebut seorang yang cintakan negara dan mempunyai semangat patriotik yang tinggi. 

BBM3410Satu2019: Mug shot (Langgar Production)

Mug shot 

Mug shot (manusia)
1.

Gambar ini menunjukkan seorang lelaki yang mempunyai wajah muka yang serius. Kebiasaannya gambar seperti ini digunakan untuk gambar berukuran passport. Lelaki ini agak serius berkemungkinan sedang  mempunyai masalah yang besar. 

2. 

Seterusnya, gambar ini memaparkan seorang lelaki yang agak berkerut wajahnya. Reaksi wajah lelaki ini menunjukkan dia sedang marah tentang sesuatu perkara. Dia mungkin sedang marah dengan perkara yang telah dilakukan oleh lelaki dalam gambar di atas.

3. 

Gambar ini ialah gambar mug shot yang ketiga. Gambar ini menunjukkan seorang wanita yang mempunyai reaksi wajah yang sedang gembira. Wanita ini sangat gembira apabila mendapat tahu bahawa lelaki yang meragutnya telah ditangkap oleh polis.

BBM3410Satu2019: Medium Shot (Langgar Production)

Medium shot

Medium shot (manusia)

1. 

Gambar ini merupakan satu gambar medium shot manusia. Reaksi wajah lelaki ini menunjukkan bahawa dia sedang senyum dan terhibur dengan situasi tersebut. Lelaki ini juga berkemungkinan sedang bahagia bersama yang tersayang.

2. 

Gambar ini menunjukkan seorang jejaka yang tidak sempat untuk menggayakan gambarnya atau candid. Wajahnya agak serius dan tidak bersedia untuk diambil gambar. 

3. 

Seterusnya, gambar ini menunjukkan seorang lelaki yang sedang duduk mencakung. Lelaki ini mungkin sedang menunggu kehadiran sesorang. Melihat kepada reaksi wajahnya, dapat dilihat bahawa lelaki iini telah menunggu seseorang sudah lama dan mula gelisah.


Medium shot (manusia dan permandangan)

1.

Gambar ini menunjukkan seorang lelaki berbaju merah yang sedang berdiri dihadapan satu bangunan lama. Bangunan tersebut telah dihiasi dengan lukisan murah yang sangat menarik. Gambar ini menunjukkan simbol perjuangan oleh lelaki ini.

2. 

Gambar ini merupakan satu gambar medium shot manusia dan permandangan. Gambar ini menunjukkan seorang wanita sedang berdiri di sebuah taman. Wanita tersebut berkemungkinan sedang menunggu seseorang. 

3. 

Seterusnya, gambar ini menunjukkan seorang lelaki yang sedang melihat keindahan bangunan di tengah kota raya. Lelaki tersebut mungkin seorang yang sedang mengembara untuk mencari sesuatu ilmu. 

BBM3410Satu2019: Long shot (Langgar Production)

Long shot

Long shot merupakan salah satu asas fotografi. Kebiasaannya gambar long shot diambil untuk gambar berlatar belakangkan gambar permandangan seperti alam semulajadi, hutan serta bangunan.

Long shot (permandangan)
1.

Gambar ini merupakan satu gambar long shot permandangan. Terdapat beberapa buah bangunan yang tinggi di dalam gambar ini dan sebatang sungai ataupun waterfront di Kuala Lumpur. Gambar ini sangat seimbang dan warna yang menarik.

2. 

Gambar long shot permandangan yang seterusnya ialah gambar jalan raya yang lurus. Gambar ini sangat seimbang dan mempunyai kontras warna yang sangat cantik.

3. 

Gambar long shot permandangan yang ketiga ialah gambar sebuah bangunan. Bangunan ini menjadi subjek yang utama dalam gambar ini. Gambar ini sangat sesuai dan kemas dihiasi dengan sebuah pokok yang menjadikan gambar ini kelihatan lebih seimbang.


Long shot (permandangan dan manusia)
1. 

Gambar long shot permandangan dan manusia yang pertama ialah gambar di bukit Ekspo, Universiti Putra Malaysia. Gambar ini sangat seimbang dan warna yang cukup tenang.

2. 

Gambar ini merupakan long shot permandangan dan manusia yang kedua. Gambar ini tidak seimbang tetapi masih lagi menarik dan menepati syarat sebagai long shot permandangan dan manusia.

3. 

Seterusnya, gambar ini juga merupakan gambar long shot permandangan dan manusia. Gambar ini juga tidak seimbang tetapi masih menarik.

BBM3410Satu2019: Close-Up (Langgar Production)

Close-Up
Terdapat beberapa asas dalam fotografi. Salah satunya ialah close-up. Close-up merupakan satu jenis gambar yang diambil dari jarak yang dekat. Terdapat beberapa perkara yang boleh dijadikan dalam gambar close-up. Antaranya ialah close-up manusia dan close-up objek.

Close-Up manusia

1.

Gambar ini menunjukkan model ini mempunyai reaksi wajah yang sedang terhibur dengan sesuatu perkara. Raut wajah yang ditunjukkan oleh model ini juga berkemungkinan dia sedang berkomunikasi dengan orang lain.

2. 

Gambar close-up manusia yang seterusnya ialah menunjukkan model ini mempunyai reaksi wajah yang sedang cemburu. Kemungkinan model ini sedang cemburu dan tidak seronok melihat sesuatu perkara.

3. 

Gambar close-up yang ketiga pula ialah model menunjukkan reaksi wajah yang sedang marah. Gambar ini juga boleh digambarkan seperti model sedang tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara dan marah akan sesuatu tindakan.


Close-Up bukan manusia

1. 

Gambar close-up bukan manusia yang pertama ialah gambar bunga. Gambar ini mempunyai kontras warna yang menarik dan sangat sesuai.

2. 

Gambar close-up bukan manusia yang seterusnya ialah gambar makanan. Gambar ini nampak menarik dan menyelerakan. Kualiti gambar juga sangat baik dan bersesuaian dengan asas fotografi ini.

3. 

Gambar close up bukan manusia yang ketiga ialah kamera DSLR. Gambar ini mempunyai kualiti gambar yang sangat baik.