Followers

Wednesday, November 27, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi


Buku ini mengulas tentang kajian wacana, strategi dan teori yang terdapat di dalam komunikasi. Buku ini mempunyai 7 bab dan buku ini menfokuskan tentang beberapa aspek. Antaranya ialah kajian wacana, teori dan pendekatan wacana, analisis wacana tekstual dan ujaran, strategi komunikasi, taksonami dan pendekatan strategi komunikasi, dan yang terakhir tentang analisis strategi komunikasi dalam kalangan kanak-kanak.
Bab 1 menerangkan tentang kaijan wacana yang merupakan bahasa daripada individu atau kumpulan dalam bentuk ujaran, interaksi, teks dan tulisan. Wacana dapat difahami jika seseorang itu memahami akan tujuan apa yang ingin disampaikan.
Seterusnya, bab 2 menceritakan tentang teori dan pendekatan yang terdapat dalam wacana. Teori ini diperkenalkan oleh pakar-pakar dan mempunyai tujuan serta kegunaan yang tersendiri. Antara teori tersebut ialah teori analisis wacana (Brown & Yule, 1983), analisis wacana kritis (Vandijk, 1977), pendekatan analisis wacana Normaliza Abd Rahim (2018b) dan teori analisis wacana (Normaliza Abd Rahim ,2018b).
Bab 3 pula menceritakan tentang analisis wacana tekstual dan ujaran. Kajian wacana ini mempunyai tiga kajian yang berbeza dan lebih menceritakan tentang komunikasi dalam kalangan kanak-kanak.
Seterusnya, bab 4 menyentuh soal strategi komunikasi yang digunakan dalam masyarakat. Strategi komunikasi yang digunakan oleh pelajar ialah satu percubaan sebagai satu bahasa sasaran. Komunikasi meliputi banyak bentuk kumpulan yang besar dan kumpulan kecil.
Bab 5 pula membincangkan tentang taksonomi dan pendekatan strategi komunikasi. Terdapat lima elemen dalam strategi komunikasi yang mempunyai unsur parafrasa, pengelakan, pemindahan, pertolongan, dan mimikan.
Selain itu, analisis strategi komunikasi dalam kalangan kanak-kanak turut dibincangkan dalam bab 6. Analisis ini ingin menunjukkan bagaimana data kajian dan sampel kajian dilakukan. Ia memperlihatkan 16 pendekatan dalam strategi komunikasi.
Akhir sekali, bab 7 lebih menfokuskan kepada kajian yang akan datang. Sudah tentu dalam sesuatu kajian terdapat kekurangan. Oleh itu, pengkaji telah membuat beberapa cadangan yang boleh dilakukan terhadap kajian yang akan datang.


Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi.
Terengganu: Penerbit UMT.
Normaliza Abd Rahim. (2014). Wacana Bahasa. Terengganu: Penerbit UMT


Harga buku: RM20.00

#ProfDrN2019Satu

#BBM3410Satu2019
#Minggu11KelasAmali
#bukunimemangterbaik






Sunday, November 3, 2019

BBM3410Satu2019: FOTOGRAFI 6 (FLAT LAY INDIVIDU)

Assalamualaikum,

Hari ini saya ingin kongsikan dengan anda semua tentang satu tugasan yang telah saya lakukan pada waktu cuti semester. Seperti biasa, Prof. Normaliza akan memberikan tugasan pada setiap minggu dan kami perlu redha menerimanya. Tugasan yang diberikan ialah mengambil 11 jenis makanan dan setiap satu jenis makanan dikehendaki untuk mengambil 4 sudut yang berbeza iaitu 90 darjah, 45 darjah, 22.5 darjah dan 0 darjah. Ini bermakna saya perlu mengambil 44 keping gambar makanan. Setelah siap mengambil kesemua gambar, saya perlu membuat satu video dan memuat naik ke dalam Youtube. 
Ini merupakan link Youtube tugasan yang telah saya lakukan. Jangan lupa lihat dan tekan tanda suka.

https://www.youtube.com/watch?v=n9CdpxjlVlQ



Berikut merupakan beberapa keping gambar yang diambil dari pelbagai jenis sudut.


Satar bakar merupakan satu makanan kegemaran saya. Rasanya sangat sedap dan pedas. Kadang-kadang hanya terdapat merasa di kampung halaman sahaja. Gambar ini diambil dari sudut 0 darjah. 



KFC sedang membuat promosi yang sangat berbaloi. Memperkenalkan, Loaded Potato Bowl. Hanya RM3.90. Boleh dapatkan di cawangan KFC yang berdekatan. Gambar ini diambil dari sudut 22.5 darjah.



Nasi dagang merupakan satu makanan warisan di negeri Terengganu. Nasi dagang juga merupakan antara satu identiti bagi rakyat negeri darul Iman ini. Rasanya sangat sedap dan patut dicuba jika anda berkunjung ke negeri Terengganu. Sedap boh!



Ini merupakan set burger daging. Burger ini dibeli di restoran mamak PKS Maju. Rasanya sangat best dan berpatutan. Harganya hanyalah RM5. Alangkah indahnya jika burger yang memiliki kualiti sebegini dijual di Stadium apabila berlangsungnya perlawanan bola sepak. Gambar ini ialah bersudut 90 darjah.



Air tangan atau masakan ibu merupakan masakan yang terbaik di dunia. Ayam goreng ini sangat sedap dan dibuat dengan kasih sayang. Berbeza dengan masakan di kedai makan atau restoran. Mereka memasak sekadar untuk mendapat keuntungan tetapi masakan ibu disertai dengan bacaan yang indah belaka. Jadi hargailah ibu anda. 

Sekadar itulah perkongsian dari saya. Sehingga bertemu lagi pada perkongsian yang akan datang. Terima kasih.